P P       N EW       Y E A R    

LEMBARAN 2014  terbuka untuk mengisi episod suka dan duka sepanjang tahun 2014 ini. Bagi aku  tidak lengkap tahun baru tanpa azam baru. Azam bermaksud cita-cita, kecekalan, semangat dan ketentuan diri sendiri yang lebih meyakinkan diri sendiri untuk masa depan yang lebih terjamin, bahagia dan ceria. Bagi meraikan kehadiran tahun baru, perlulah aku menetapkan matlamat yang lebih fokus membawa kepada perancangan strategi bergantung kepada segala kemudahan dan kebolehan yang aku boleh :-)

1) Perhubungan atau keluarga

Aku mengharapkan sesuatu yang baik sempena tahun baru ini. Jika sebelum ini aku mungkin mengalami sedikit masalah perhubungan dengan dia, mungkin sudah tiba masanya aku memperbaiki segala kelemahan antara kita. Aku ingin hubungan kita akan menjadi lebih baik daripada sebelumnya dengan restu dari keluarga aku dan dia.  Begitu juga hubungan aku dengan rakan-rakan seharusnya lebih baik serta  hubungan keluarga dan dia pula, aku perlu menjadikan ikatan itu lebih akrab, mesra dan lebih baik daripada sebelumnya.

2)Pelajaran

Aku ingin mencapai peningkatan dalam pelajaran aku. Tiada yang mustahil kerana semua orang boleh melakukan sekiranya kita berusaha menjadi lebih baik dan meningkatkan usaha kita dalam memperoleh kejayaan

3) Kewangan

Inilah masa untuk aku merancang kewangan dengan melebihkan peruntukan tabungan dan mengurangkan perbelanjaan sesuatu yang sebenarnya tak perlu pun kan

4) Kesihatan

Setinggi mana pun pencapaian atau kejayaan yang dikecapi, aspek ini jangan diabai. Kalau sebelum ni aku tak pernah bersenam, aku akan cuba walaupun macam-macam alasan untuk aku tidak bersenam. Dari segi pemakanan, aku perlu mengamalkan menu seimbang. Bagi aku yang selalu makan ikut sedap lepasni aku kena mengamalkan makanan yang sihat 



 
 

Mengulit kenangan

SMK Dato' Ahmad Razali...i miss you

Macam tak percaya je hampir setahun aku meninggalkan sekolah ni, tiba-tiba je aku masuk balik. Ada lah halnya sikitkan. Menyirap giler bila aku sorang-sorang je kat sini. Sementara aku tunggu adik aku, aku breakfast dulu. Tiba-tiba je rasa sebak dalam hati ni. Aku toleh kanan, kiri, depan and belakang 360 darjahlah kiranya. Termenung aku sorang-soran kat situ bila ingat kenangan dekat sini. Alhamdulillah still ramai cikgu yang masih ingat aku lagi ,HEHEH poyo je kan

Rindu aku pada semua kenangan aku dekat sekolah ni, and yang paling aku tak suka tu lah yang aku rasa nak je aku rasa lagi. Macam-macam lah sepanjang aku 5 tahun dekat sekolah ni. Kalaulah aku dapat jadi student sekolah ni lagi kan best...... HUWAA rindunya  

NOTE : HAA!!! itulah dulu cikgu suruh masuk kelas pegi serong ramai-ramai :-D